DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA
Pada tahun 2009, di Conference of the Parties (COP15) Copenhagen, Denmark, Malaysia telah menyatakan komitmen secara sukarela untuk mengurangkan intensiti karbon per Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 40% dari paras pada tahun 2005 menjelang tahun 2020. Rentetan daripada komitmen tersebut kerajaan telah mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) telah dilancarkan pada 24 Julai 2009 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Ini diikuti dengan penubuhan Majlis Teknologi Hijau & Perubahan Iklim Negara dan seterusnya Dasar Ekonomi Rendah Karbon (Low Carbon Economy) yang telah menjadi asas kepada Model Ekonomi Baharu ( New Economic Model) untuk mencapai sasaran Negara Maju Berpendapatan Tinggi dan Rendah Karbon menjelang tahun 2020.
“ I would also like to announce here in Copenhagen that Malaysia is adopting an indicator of a voluntary reduction of up to 40% interms of emissions intensity of GDP by the year 2020 compared to 2005 levels. This indicator is conditional on receiving the transfer of technology and finance of adequate and correspond to what is required in order to achieve this indicator “
YAB PM semasa di Copenhagen pada 17 Disember 2009.