POLYgreen

Memupuk Kelestarian Generasi Akan Datang

Kenapa Perlu??

Amalan Hijau

Kenapa Perlu??

Peningkatan suhu masa kini dijangka akan memberi kesan yang lebih dahsyat kepada bumi di mana berlakunya fenomena pencairan ais yang lebih pantas, kenaikan paras air laut, kemarau yang berlarutan, evolusi penyakit baru serta kemusnahan kawasan pertanian yang mengancam kelestarian bekalan makanan global.

A B C D

Amalan Lestari Untuk Kesejahteraan Sejagat

Amalan lestari adalah amalan menggunakan barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan asas supaya mencapai kualiti hidup yang lebih tinggi dengan masa yang sama pula mengurangkan penggunaan sumber asli, bahan toksik dan pengeluaran bahan pencemar supaya tidak menggugat keperluan generasi akan datang.

Jika dapat dikekalkan;;;

E F G H

Teknologi Hijau : Semua Pihak Perlu Berperanan
Apakah itu teknologi hijau?
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, Menjimatkan tenaga dan sumber asli dan Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
• Tenaga – Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
• Alam sekitar – Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
• Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s