POLYgreen

Memupuk Kelestarian Generasi Akan Datang

Pembangunan Politeknik Merlimau Sebagai Politeknik Hijau Negeri Melaka

LATAR BELAKANG

  • Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) telah melaksanakan pembangunan teknologi hijau di kawasan sekitar kampus bermula dari tahun 2010. Bermula dengan Program Penjimatan Tenaga melalui kaedah Kontrak Penjimatan Tenaga (Energy Performance Contract (EPC)) yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Politeknik Merlimau. Seterusnya Jawatan Kuasa Kampus Hijau Politeknik Merlimau telah ditubuhkan dan melaksanakan beberapa inisiatif hijau untuk mencapai status kampus hijau. Pelbagai anugerah telah diterima bagi mengiktiraf pencapaian Politeknik Merlimau antaranya ialah tempat pertama Anugerah ASEAN Energy Awards yang dianugerahkan di LAO PDR , Anugerah Industri KeTTHA 2013 (Energy Effiency Management Exccelent Award (building)), Penganugerahan sijil AEMAS 1 STAR (Energy Magement Gold Standard) oleh ASEAN Energy Management Scheme dan Malaysia Book of Record (Sambungan Plastik Terpakai Terpanjang).
  • Selaras dengan itu, PMM telah bercadang untuk memantapkan lagi usaha pembangunan teknologi hijau di PMM serta mempromosi kepada pihak luar di samping menyokong dasar kerajaan Negeri Melaka sebagai Bandar Hijau melalui tiga skop iaitu:
    • Majlis menandatangani Kontrak Penjimatan Tenaga (EPC) bagi 30 politeknik Malaysia di mana PMM merupakan benchmark bagi politeknik-politeknik tersebut.
    • Menandatangani NOU Di Antara Centre Of Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (Centre Of IMT-GT) Dengan Politeknik Malaysia. IMT-GT dalam kenyataan bersama telah bersetuju untuk mewujudkan International Green Training Centre (IGTC) di Melaka . PMM telah dipilih sebagai  kampus  sementara IGTC dalam menyediakan kemudahan kursus.
    • Pelancaran BLUEPRINT POLYGreen Politeknik Malaysia yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin Bin Haji Mohammad Yassin.

LAPORAN AKTIVITI YANG TELAH DAN AKAN DILAKSANAKAN

    • Tenaga solar merupakan tenaga utama di Malaysia bagi sumber tenaga baru (Renewable Energy). PMM telah mengambil inisistif dengan membangunakan rumah solar mini pada tahun 2010 sebagai tenaga alternatif dan menjadi rujukan bagi agensi serta instistusi luar seperti sekolah-sekolah dan politeknik Malaysia. Rumah ini asalnya merupakan tempat pembuagan sampah dan diubah menjadi rumah mini solar di mana aplikasi di dalamnya menggunakan kuasa solar sepenuhnya.
    • Pada November 2012 pemasangan Motion sensor bagi setiap ruangan tandas di dalam kampus telah dilaksanakan.PMM telah mengadakan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pengurangan karbon dalam usaha menyahut seruan kerajaan bagi pengurangan karbon sebanyak 40% seperti yang dibentangkan oleh Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak. Antara usaha yang telah dilaksanakan dari tahun 2010 hingga kini ialah:
      • Projek kecekapan tenaga (2011 – hingga kini)
        1. Sistem Pengurusan Tenaga.
        2. Mencapai potongan elektrik sebanyak 16% dengan menggunakan penggantian alatan seperti lampu dan penghawa dingin.
      • Kolaborasi dan hubungan rapat PMM dan pihak industri serta komuniti telah membawa kebaikkan kepada PMM apabila telah menerima rumah pameran sumbangan dari Starlight Variety Sdn. Bhd. pada 2013. Rumah ini menggunakan dibangunkan menggunakan integrated building system (IBS). Rumah ini akan dibangunkan sebagai rumah hijau dalam perancangan projek akan datang.
      • Memberikan latihan yang berterusan kepada staf dan warga PMM seperti Kursus Amalan Pejabat Hijau, Energy Accounting Center dan lain-lain lagi.
      • Menjadi tempat rujukan dari pelbagai institusi bagi pengkongsian ilmu dan kemahiran. Menerima kunjungan dari pelbagai agensi dan institusi seperti Malaysia Airline System (MAS), Malaysia Airlines System  (MAS),  Multimedia University (MMU), Kolej Komuniti Jasin, University Putra Malaysia (UPM), Pejabat Ketua Menteri Melaka dan dari politeknik-politeknik seluruh Malaysia.
      • Telah dijemput dan menyumbangkan kepakaran bagi penulisan Roadmap Plan bagi negeri Melaka dalam usaha mewujudkan Bandar Hijau pada 31 Disember 2013. 
  • Hasil mesyuarat dengan wakil IMT –GT dan pengarah PMM pada 23 Mei 2014, PMM telah dipilih sebagai pusat latihan bagi melaksanakan program latihan dalam bidang teknologi haijau.
  •  Melalui inisiatif jawatankuasa Hijau PMM, sebuah mesin baja kompos (dimana sisa-sisa makanan di kawasan kampus PMM dijadikan kompos untuk diguna semula sebagai baja pokok di PMM dan komuniti setempat bagi menyahut salah satu inisiatif hijau Negeri Melaka) telah diperolehi hasil dari sumbangan Technology Park Malaysia (TPM) dengan bantuan Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Dr Abu Bakar Bin Md Diah selaku ahli lembaga penasihat PMM.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s