POLYgreen

Memupuk Kelestarian Generasi Akan Datang

Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Kecekapan Tenaga

Kedudukan PMM di negeri Melaka Bandar Teknologi Hijau telah menimbulkan keinginan pihak pengurusan PMM untuk menyumbang kearah pencapaian taraf Bandar teknologi Hijau negeri Melaka khususnya dan Malaysia sendiri amnya. Ini juga adalah untuk  menyahut komitmen yang telah dinyatakan sendiri oleh Perdana Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa  Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah berlangsung di Bella Center di Copenhagen, Denmark, pada  Disember 2009 bahawa Malaysia berjanji untuk mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020.

Kesan rumah hijau yang amat ketara juga telah dapat dilihat dan dirasai sendiri sekarang ini oleh kebanyakan rakyat Malaysia.  Pelepasan gas karbon merupakan penyumbang utama kepada kesan rumah hijau. Gambar 3 menunjukkan antara kesan rumah hijau yang melanda dunia sekarang ini. Kesan rumah hijau ini telah menyebabkan berlakunya perubahan ketumpatan air hujan yang menyebabkan banjir kilat, banjir besar dan tanah runtuh. Kesan sampingan terhadap hasil pertanian, sistem eko juga akan akan terancang yang akan menyebabkan berlaku masalah kepada keselamatan sumber makanan. Ini juga akan menyebabkan kesihatan terganggu kerana penyakit bawaan vector.

 

b

 

Pada tahun 2013 yang lepas Malaysia juga dilanda banjir kilat yang teruk dibeberapa tempat, contohnya di Cameron Highland banjir kilat telah berlaku akibat hujan lebat sehingga limpahan berlaku diempanganya. Begitu juga keadaanya di Kuantan dimana banjir besar telah meliputi keseluruhan bandar Kuantan sehingga beberapa minggu. Kesan rumah hijau ini juga telah menyebabkan kawasan rendah tenggelam akibat kenaikan air laut yang akan memberi kesan sampingan lain seperti habitat akan berubah, menjejaskan pelancungan terutama dikawasan pantai dan ada pulau yang akan ditenggelami air laut. Air masin  juga akan masuk kesungai dan merosakan pertanian tepi pantai.

Penggunaan tenaga di bangunan komersial adalah penyumbang kedua terbesar pelepasan gas karbon dioksida selepas sektor industri  diseluruh dunia dimana peningkatan dari masa ke semasa sehingga mencecah 33% daripada keseluruhan global yang menyebabkan kesan rumah hijau semakin meningkat setiap tahun. Penggunaan tenaga elektrik di bangunan komersial di Malaysia menyumbang kepada 32% daripada keseluruhan penggunaan tenaga. Senario ini menunjukkan penggunaan elektrik adalah sangat besar dan pembebasan karbon dioksida yang tinggi. Gambarajah  dibawah menunjukkan punca pelepasan gas karbon dioksida.

 

c

 

Menyedari hakikat ini , pihak pengurusan  PMM yang  amat prihatin terhadap kesan rumah hijau ini  telah melakukan sesuatu bagi mengurangkan kesan rumah hijau tersebut. Aspek yang diambil kira ialah ke arah menjimatkan bil elektrik dimana penggunaan tenaga elektrik terus meningkat setiap tahun selari dengan pertambahan bangunan, pelajar dan juga peralatan di PMM. Hal ini juga berlaku adalah disebabkan oleh kerana tiada pemantauan terhadap penggunaan tenaga di PMM. Hasil dari pemantauan yang telah dilakukan di sekitar kampus didapati pembaziran tenaga barlaku tanpa dikawal seperti lampu di bilik kuliah dan tandas menyala walaupun tiada pengguna. Penyelenggaraan peralatan juga kurang sempurna, contohnya menara penyejuk untuk sistem pendingin hawa tidak disenggara mengikut jadual, alatubah juga tidak diselenggara dengan betul dan lampu jalan tidak menyala. Sikap warga PMM sendiri yang tiada kesedaran tentang penjimatan tenaga disamping penggunaan peralatan yang tidak cekap tenaga. Oleh itu Politeknik Merlimau Melaka telah mengambil langkah terhadap potensi pengurangan penggunaan tenaga elektrik di kawasan kampus Politeknik Merlimau.

 1
PMM telah merujuk kepada beberapa pihak bagi mencapai objektif ini. Antara pihak yang telah dirujuk adalah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Suruhanjaya Tenaga , Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) dan Asean Energy Mangement Scheme (AEMAS). Ini menunjukan bahawa satu kaedah pengurusan kecekapan tenaga perlu dilaksanakan oleh PMM dengan mengaplikasikan  strategi  kecekapan tenaga secara berterusan bagi mengurangkan lagi penggunaan tenaga di kawasan kampus PMM. Sehubungan itu Jawatankuasa pengurusan tenaga telah ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan langkah-langkah mempromosikan potensi penjimatan tenaga sepenuhnya selaras dengan pelan keseluruhan organisasi Politeknik Merlimau. Berdasarkan kepada polisi yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Pengurusan Tenaga terdapat beberapa langkah penting telah diambil bagi memastikan polisi ini mencapai objektifnya. Kaedah  Whole Facility telah digunakan untuk mengukur jumlah penggunaan tenaga elektrik dan Energy Efficiency Index (EEI) digunakan sebagai indikator bagi mencapai objektif ini. Dalam pelaksanaan pengurusan kecekapan tenaga di PMM, terdapat tiga fasa pelaksanaan yang dilakukan sebelum kesan  penggunaan tenaga dapat ditentukan iaitu pemantauan audit tenaga, pemasangan serta pelaksanaan dan pemantauan.  Setiap kawasan kampus telah dilabelkan bagi memudahkan pengumpulan data. Selain dari tiga fasa tersebut terdapat auditor bertauliah yang memantau bagi menentukan kaedah yang digunakan adalah menepati piawai.  Berdasarkan kepada penggunaan tenaga PMM didapati dari tahun 2008 hingga ke 2011,  jumlah  penggunaan tenaga semakin meningkat sehingga 201 654 KWh. Pada Julai 2012, pelaksanaan Program Pengurusan Tenaga telah dilancarkan dan sehingga Mei 2013, terdapat penurunan penggunaan tenaga elektrik yang ketara sebanyak 16% yang melibatkan penjimatan melebihi RM 30 000  berdasarkan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s