POLYgreen

Memupuk Kelestarian Generasi Akan Datang

Penyertaan Dan Anugerah

Hasil usaha EMC ini telah mendapat beberapa pengiktirafan dari pelbagai pihak, antaranya:

  1. Mendapat Persijilan 1 Bintang dari Asean Energy Mangement Scheme (AEMAS)
  2. Memenangi Anugerah Industri KeTTHA bagi kategori Energy Management Excellent Award (Building) oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
  3. Memenangi tempat pertama anugerah ASEAN ENERGY AWARDS 2014 bagi kategori Small and Medium Building bagi ASEAN Best Practices Award for Energy Management in Building and Industries di Vientiane, Lao PDR.

 

ANUGERAH INDUSTRI KeTTHA

21 November 2013 – Politeknik Merlimau telah Berjaya memenangi Anugerah Industri KeTTHA (KIA) 2013 bagi kategori Energy Efficiency Management Excellence Award (bangunan). Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang berlangsung di Marriot, Putrajaya. Sebanyak 13 kategori telah dipertandingkan di bawah sektor tenaga tidak termasuk sektor air dan sektor teknologi hijau. Ini merupakan anugerah kedua yang mengiktiraf Politeknik Merlimau sebagai sektor awam pertama yang terlibat dengan Energy Performance Contract (EPC) apabila telah dianugerahkan 1st Star oleh AEMAS pada Januari tahun 2013.

KIA 2013 telah dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, teknologi hijau dan Air  dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) dan GreenTech Malaysia.  Acara ini bertujuan memberikan pengiktirafan kepada kelompok industry tenaga, teknologi hijau dan air di Malaysia yang memainkan peranan penting memacu perkembangan agenda nasional.

DSC_0017 DSC_0036

 

ANUGERAH ASEAN ENERGY AWARDS 2014

23 September 2013-VIENTIANE, LAOS.

Politeknik Merlimau (PMM)merupakan wakil Malaysia yang telah memenangi tempat pertama anugerah ASEAN ENERGY AWARDS 2014 bagi kategori Small and Medium Building bagi ASEAN Best Practices Award for Energy Management in Building and Industries.

Majlis penganugerahan telah dilangsungkan di Vientiane sempena Mesyuarat Menteri-menteri Tenaga (AMEM) yang ke – 32 baru-baru ini.

Politeknik Merlimau telah dipilih sebagai pemenang utama bersama Kantang Hospital, Thailand di bawah projek Energy Management of Kantang Hospital manakala PMM pula di bawah melalui Energy Efficiency Management of Merlimau Polytechnic. 2nd runner-up disandang oelh The Best Energy management From The Loa Brewery Company, LAO PDR dan 1st runner-up di menengani oleh Energy Management of PT. Phapros TBK Semarang, Indonesia. Sebanyak tujuh belas kategori telah dipertandingkan dalam Asean Energy Award kali ini.

Anugerah telah diterima oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Hj Mohlis bin Jaafar bagi pihak Politeknik Merlimau dan beliau berkata bahawa Kemenangan ini merupakan satu kebanggaan kepada JPP dan Politeknik Merlimau kerana merupakan agensi kerajaan pertama yang telah melaksanakan pengurusan kecekapan tenaga melalui Energy Performance Contract (EPC) dan telah memberikan kesan serta membantu usaha kerajaan dalam mengurangkan kos utiliti.

Pada majlis anugerah ini, PMM telah menjadikan Malaysia antara Negara ASEAN yang diiktiraf dalam usaha integrasi tenaga. Sehubungan itu, projek ini akan diteruskan kepada 29 politeknik seluruh Malaysia bagi mendapatkan impak yang lebih besar kepada pengurangan jejak Karbon sebanyak 40%.

Negara-negara  ASEAN telah bergerak ke hadapan untuk mempromosikan integrasi tenaga supaya boleh digunakan di dalam pelbagai bidang seperti pembuatan dan pengeluaran.

Muat Turun

AA BB

 

Gambar : Anugerah dan Pengiktirafan

aa

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s