POLYgreen

Memupuk Kelestarian Generasi Akan Datang

Kompos/Sisa

MESIN COMPOSTECH – MODEL 250KG DALAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

Syahidah Binti Salleh

 

Unit Keusahawanan Politeknik Merlimau (PMM) telah menubuhkan ikubator mengikut jabatan induk yang mana di kenali sebagai SJSI iaitu Satu Jabatan Satu Inkubator. Bagi Jabatan Kejuruteraan Awam PMM kami telah membina sebuah ikubator yang menghasilkan kerusi dan meja simenfero. Namun iainya memerlukan kemahiran dan kepakaran untuk memastikan ianya benar-benar bermutu untuk dipasarkan, maka kini kami telah menambah pengeluaran kami iaitu ‘Baja Kompos’ yang mana setelah menerima sebuah mesin compostech yang boleh menghasilkan baja ini selama 8 jam proses sahaja tanpa menggunakan tenaga manusia yang banyak.

Sehingga kini para pelajar inkubator JKA sudah boleh mengendalikan mesin ini sendiri dengan pengawasan penyelaras keusahawanan jabatan. Kursus penggendalian mesin kompos ini telah diberikkan kepada para pensyarah dan pelajar-pelajar terlibat selama 1 minggu. Sisa makanan dari kantin politeknik dikumpulkan melalui pengagihan bekas kepada setiap pemilik gerai. Bekas berisi sisa makanan ini akan dipungut oleh pelajar selang sehari iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat untuk dimasukkan kedalam mesin bagi proses penghasilan baja. Nasi, mee dan segala bahan yang mengandungi kabohidrat yang tinggi adalah sangat bagus dan dapat mempercepatkan proses penghasilan baja. Pihak pengusaha kantin diminta mengasingkan sisa makanan ini dari plastik dan segala bahan yang keras serta tidak boleh terurai.

Kini baja kompos tersebut dalam proses penggunaan di sekitar politeknik terutama di JKA bagi memastikan keberkesanan penggunaannya , iainya juga telah dibungkus dan akan dijual dengan harga RM2.50 sekilo. Pada peringkat awal ini, tempahan diambil dari para pensyarah dan staff politeknik. Setelah pengeluaran meningkat dan keberkesanannya terbukti iainya akan dipasarkan di pasar tani Merlimau dan di sekitar daerah Jasin. Hasil yang telah dilihat sehingga hari ini terutama kepada tumbuhan yang masih kecil, banyak tunas-tunas baru keluar dan daunnya lebih sihat.

 

1

Gambar 1: Kursus penggendalian kepada para pensyarah dan pelajar terlibat

 

2

Gambar 2 : Pelajar inkubator JKA memasukkan ‘effective microbe’ ke dalam mesin kompos

 

3

Gambar 3: Pelajar mengeluarkan baja kompos yang telah terhasil bersama En. Ali penceramah dari syarikat pembekal mesin compostech

 

 

4

Gambar 4: Pelajar melakukan sendiri proses ayakan baja kompos yang telah siap sebelum dibungkus untuk dijual

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s