POLYgreen

Memupuk Kelestarian Generasi Akan Datang

Kronologi

PERLAKSANAAN PROJEK PENJIMATAN TENAGA MENERUSI KAEDAH “ENERGY PERFORMANCE CONTACT” DI POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA

          Penggunaan tenaga di bangunan komersial adalah penyumbang kedua terbesar selepas sektor industri di seluruh dunia dimana peningkatan dari masa ke semasa sehingga mencecah 33% daripada keseluruhan global. Penggunaan tenaga elektrik di bangunan komersial di Malaysia menyumbang kepada 32% daripada keseluruhan penggunaan tenaga. Senario ini menunjukkan penggunaan elektrik adalah sangat besar dan pembebasan karbon dioksida yang tinggi. Politeknik Merlimau adalah jabatan kerajaan pertama yang melaksanakan penjimatan tenaga dalam bangunan dengan menggunakan kaedah Kontrak Prestasi Tenaga (Energy Performance Contract), Jawatankuasa pengurusan tenaga telah ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan langkah-langkah mempromosikan potensi penjimatan tenaga sepenuhnya selaras dengan pelan keseluruhan organisasi Politeknik Merlimau. Penilaian telah dijalankan oleh Politeknik Merlimau Melaka untuk menilai potensi pengurangan penggunaan tenaga elektrik di kawasan kampus Politeknik Merlimau. Kaedah Whole Facility telah digunakan untuk mengukur jumlah penggunaan tenaga elektrik dan Energy Efficiency Index (EEI) digunakan sebagai indikator bagi mencapai objektif. Sepanjang pelaksanaan EPC ini, terdapat tiga fasa pelaksanaan yang dilakukan sebelum kesan penggunaan tenaga dapat ditentukan iaitu pemantauan audit tenaga, pemasangan serta pelaksanaan dan monitoring. Setiap kawasan kampus telah dilabelkan bagi memudahkan pengumpulan data di bawah Energy Accounting Centre (EAC). Selain dari tiga fasa tersebut terdapat auditor bertauliah yang memantau bagi menentukan kaedah yang digunakan adalah menepati piawai. Berdasarkan kepada penggunaan tenaga PMM didapati dari tahun 2008 hingga ke 2011, jumlah penggunaan tenaga semakin meningkat sehingga 201 654 KWh. Pada Julai 2012, pelaksanaan Program Pengurusan Tenaga telah dilancarkan dan sehingga Mei 2013, terdapat penurunan penggunaan tenaga elektrik yang ketara sebanyak 15% yang melibatkan penjimatan sehingga RM 30 000 berdasarkan tarif Tenaga Nasional Berhad (TNB). Secara keseluruhannya, Pengurusan Tenaga yang dijalankan oleh PMM memberi kesan positif ke atas penggunaan tenaga di kampus secara keseluruhannya dan penggunaan elektrik secara khususnya. Penggunaan elektrik bagi tahun 2013 menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan tahun 2011 dan 2012. Dari segi Energy Efficiency Index juga menunjukkan penurunan sebanyak 12% berbanding tahun sebelumnya. Pelaksanaan Pengurusan Tenaga di Politeknik Merlimau secara tidak langsung dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida (CO2) dalam memenuhi aspirasi negara.Perlaksanaan Projek penjimatan tenaga melalui keedah “ Energy Performance Contract (EPC)” di Politeknik Merliamau. EPC telah dilaksanakan di PMM bersama pihak Energy Service Company iaitu Taiace Engineering Sdn. Bhd.

Berikut adalah kronologi EPC di PMM:
Tarikh Progres
Oktober 2011 “Kick Off Meeting” telah dilaksanakan diantara PMM, Taiace Engineering Sdn. Bhd. dan GreenTech Malaysia
November 2011 “Energy Audit” telah dilaksanakan di PMM oleh GreenTech Malaysia
Februari 2012 Dokumen “Energy Performance Contract ” telah tandatanggani diantara Kemeterian Pengajian Tinggi dan Taiace Engineering Sdn. Bhd.
Mei 2012 “PMM Energy Commitee” telah ditubuhkan
Jun 2012 “Remote Monitoring System” telah Selesai di Pasang di PMM
Julai 2012    Kerja – kerja “Retrofitting” 72 unit water cooled telah mula dilaksanakan.
Ogos 2012 “PMM Energy Policy” telah dilancarkan
Disember      2012 50 dari 71 Major Repair telah dilaksanakan Kerja kerja ini adalah dibawah bidangkuasa Politeknik bagi memastikan sistem berada dalam keadaan optimum 2012 sebelum “retrofitting” dilaksanakan oleh pihak Taiace Engineering Sdn. Bhd.
Oktober 2012 Pemasangan Lampu Jalan dan Lampu Taman telah selesai dilaksanakan.
Jul –  Nov 2012 Pemasangan“ Smart Precision Aircond “ di bilik PABX dan Bilik Sever.telah dilaksanakan
Januari 2013 Pemasangan 8700 unit Lampu Pejabat telah selesai dilaksanakan.
Januari 2013 Penjimatan telah Bermula
Januari 2013 PMM telah dianugerahkan Persijilan 1 STAR AEMAS oleh Asean Energy Management Scheme AEMAS
Jun 2013 Measurement and Verificataion Audit telah dilaksanakan oleh pihak GreenTech Malaysia
Julai 2013 Mesyuarat bersama AG Melaka, Kementerian Kewangan Malaysia, Kemeterian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Pengajian Politeknik telah diadakan untuk membincangkan kaedah pembayaran EPC kerana PMM adalah agensi kerajaan pertama yang melaksanakan EPC
Oktober 2013 Seminar EPC telah dianjurkan diPMM untuk seluruh politeknik Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia
November 2013 PMM telah berjaya memenangi Anugerah Industri KeTTHA bagi ketagori Energy Management Excellent Award (Building)oleh Kementerian Tenaga, teknologi hijau dan Air.
Disember 2013 Pembayaran kepada Taiace Engineering Sdn. Bhd. untuk EPC telah berjaya dilakukan untuk penjimatan tenaga bermula dari bulan Jun   2013
Disember 2013 Perlaksanaan EPC diPMM telah dibentangkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia di International Seminar on Green Growth: Korean and International Experiences Shared
   Mac 2014 PMM akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Asean Energy Award 2014

Sehingga kini, secara purata PMM telah berjaya melakukan penjimatan sebanyak 19.6% di dalam kampus PMM yang memberikan impak yang tinggi kepada pembayaran bil utiliti. Ini juga menjadikan PMM lebih yakin dan komited untuk berkongsi dan menyebarkan pengetahuan kepada komuniti luar. Antara aktiviti PMM yang telah dilakukan dalam usaha mencapai penjimatan yang berkesan ialah:
• Melalui pertandingan Ruangan Tenaga terbaik bagi setiap jabatan
• Pemantauan oleh perbadanan professional bagi memantau penjimatan tenaga, dokumentasi dan penggunaan alatan jimat tenaga.
• Kempen : menyediakan pelekat bagi 1000 pelajar dan staf.
• Mewujudkan coffeetable book bagi mendokumentasi Energy Performance Contract.
• Mengadakan lawatan penanda aras pada bangunan yang diiktiraf reputasi dalam penjimatan tenaga seperti University Technology Malaysia (penerima First and Second Star AEMAS award) dan Taiace Engineering Sdn. Bhd. ( Best Innovation 2013 The STAR Business Award) .
• Berkongsi pengetahuan dan menerima kunjungan dari pelbagai agensi dan institusi seperti Malaysia Airline System (MAS), Malaysia Airlines System (MAS), Multimedia University (MMU), Kolej Komuniti Jasin, University Putra Malaysia (UPM), Pejabat Ketua Menteri Melaka dan dari politeknik-politeknik seluruh Malaysia.
• Telah dijemput dan menyumbangkan kepakaran bagi penulisan Roadmap Plan bagi negeri Melaka dalam usaha mewujudkan Bandar Hijau.
• Pembentangan kertas kerja di Korea bagi perkongsian ilmu peringkat antarabangsa oleh Datuk Hj Mokhlis bin Jaafar.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s