POLYgreen

Memupuk Kelestarian Generasi Akan Datang

Energy Polisi

ENERGY POLISI

 

  1. PENYATA POLISI

 Politeknik Merlimau komited mengamalkan pengurusan penjimatan tenaga secara efficient di seluruh kampus, dengan tujuan mewujdkan persekitaran pengajaran pembelajaran penyelidikan dan pembangunan intelektual yang konduksif.

 

  1. OBJEKTIF
  • Mengadaptasikan sistem pengurusan tenaga secara optimum.
  • Mengurangkan pembebasan karbon melalui kecekapan pengurusan tenaga.
  • Mengimplimentasi tenaga yang boleh diperbaharui
  • Mengaplikasikan teknologi terkini dalam mengamalkan kecekapan tenaga oleh warga PMM

 

  1. POLISI PENGURUSAN TENAGA
  • Mengadaptasikan system pengurusan tenaga secara optimum
  • Mengadakan latihan dan menyediakan maklumat yang terkini kepada staf berkaitan dengan pengurusan tenaga
  • Membudayakan konsep penjimatan tenaga dalam amalan seharian.
  • Memperkenalkan anugerah untuk menggalakkan amalan terbaik dan cadangan kreatif bagi merealisasikan penjimatan tenaga.
  • Mengurangkan pembebasan karbon melalui kecekapan pengurusan tenaga
  • Mengadakan penjadualan sistem penggunaan tenaga untuk seluruh kampus PMM.
  • Membudayakan penggunaan peralatan elektrik secara efisien di kalangan warga PMM.
  • Mengimplementasikan penggunaan gas hidrokarbon (eg. R134a) pada semua penghawa dingin di seluruh kampus.
  • Mengimplimentasi tenaga yang boleh diperbaharui
  • Mempergiatkan penyelidikan dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui.
  • Mengaplikasikan dan memperluaskan penggunaan sistem tenaga yang boleh diperbaharui di seluruh kampus.
  • Mengaplikasikan teknologi terkini dalam mengamalkan kecekapan tenaga oleh warga PMM
  • Mengaplikasi sistem pintar pada semua lampu dan kipas di kawasan-kawasan tertentu.
  • Penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai ciri penjimatan tenaga.
  • Memastikan pengoperasian tenaga secara optimum dan efisien diwajibkan bagi semua penambahbaikan dan penambahan bangunan.

 

  1. Tanggungjawab
  • Pihak pengurusan memastikan semua polisi yang ditetapkan dilaksanakan sepenuhnya oleh warga PMM.
  • Semua warga bertanggungjawab menjayakan dan melaksanakan agenda yang telah digariskan.

 

  1. Kaedah Komunikasi
  • Pengurus penjimatan tenaga akan membuat laporan bulanan kepada Jawatankuasa Pengurusan Tenaga berkenanaan pengurusan tenaga dan kemajuan semasa.

 

  1. Sumber
  • Jawatankuasa Pengurusan tenaga disokong oleh pihak berkuasa yang berkaitan serta agensi yang berpengalaman melalui sumber kewangan dan peralatan yang bersesuaian.

 

  1. Analisis
  • Semua aktiviti pengurusan tenaga tertakluk kepada kajian berkala.Audit pretasi tahunan bagi sistem pengurusan tenaga akan dijalankan dan amalan terbaik yang relevan serta langkah-langkah penambahbaikan akan dikongsi.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s